Search This Blog
KUMPULAN 5 (PUSAT K) Blog ini diwujudkan sebagai memenuhi syarat tugasan berkumpulan bagi sabjek JA222 STID1103
Featured
TUTORIAL PENYEDIAAN LAMAN WEB
KENALI LAMAN WEB
- Get link
- X
- Other Apps
1. Cloud Computing
Cloud
Computing adalah istilah daripada perkataan “cloud” yang bermaksud internet dan
“Computing” yang bermaksud Pengkomputeran. Penerangan Cloud Computing ialah
satu proses pemprosesan kuasa pengkomputeran melalui rangkaian internet yang
mempunyai fungsi sesuai untuk menjalankan program melalui komputer yang telah
disambungkan antara satu sama lain pada masa yang sama.
Cloud Computing berperanan dalam teknologi yang
menjadikan internet sebagai pusat
server
untuk mengurus data dan juga operasi aplikasi pengguna. Cloud Computing
memudahkan para pengguna menjalankan program tanpa perlu memasang operasi
terlebih dahulu dan memudahkan untuk menembusi data dan maklumat melalui
internet.
2. Integrasi sistem
Integrasi sistem ini
boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang mana melibatkan satu proses
aplikasi yang berasingan dalam menjalankan tugas tetapi boleh bertindak secara
bersepadu. Kaedah atau sistem ini dilihat dapat meningkatkan produktiviti dan
mampu membantu dalam mencapai matlamat organisasi. Dari segi data yang
digunakan, ia menunjukkan ciri yang tepat dan mempunyai bolehpercaya data.
Proses ini telah menggabungkan satu subsistem kepada sistem yang besar yang
boleh berfungsi secara sama. Segala maklumat yang disalurkan dala organisasi
meningkat dan dalam masa yang sama mengurangkan kos tetapi meningkatkan
produktiviti.
- Get link
- X
- Other Apps
Popular Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment